PEMBIAYAAN JANGKA PANJANG

PEMBIAYAAN MODAL UNTUK KONTRAKTOR
=======================================
Pembiayaan ini ditawarkan kurus untuk kontraktor yang mendapat projek dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak syarikatnya. 

Pembiayaan Modal Kontraktor yang direka khusus untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang sedang mencari pembiayaan setelah ditawarkan projek tertentu bergantung kepada gred CIDB syarikat tersebut.
Tujuan kemudahan pembiayaan ini adalah untuk membiayai pelaksanaan kontrak sehingga selesai sepenuhnya. Kebiasanya Skim Pembiayaan Kontrak ini disediakan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pembinaan jangka panjang yakni projek pembinaan yang melebihi 6 bulan untuk disiapkan.


JENIS-JENIS KONTRAK
===================
  1. Projek pembinaan dan infrastruktur termasuklah kerja-kerja awam, mekanikal, elektrik dan teknologi informasi dan komunikasi.
  2. Kontrak perkhidmatan bagi perniagaan yang lain termasuklah penyediaan perkhidmatan dan penyelenggaraan di skala yang panjang.

KRITERIA KELAYAKAN
=====================
  1. Kontraktor Utama untuk projek yang ditawarkan.
  2. Rekod Prestasi projek minima 3 tahun aktiviti.
  3. Berdaftar dengan Badan-badan Pensijilan atau Pelesenan yang berkaitan seperti CIDB/MOF
  4. Kontraktor dilantik oleh Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Syarikat Korporat yang boleh membuat perjanjian Deed Of Assigment.

HAD PEMBIAYAAN
================
- Minima RM 3,000,000 hingga RM 100,000,000

Untuk meklumat lanjut mengenai pembiayaan ni boleh hubungi kami. Klik sini!