Pembiayaan Modal Jangka Pendek/Pre-Factoring
===========================================
Pembiayaan ditawarkan kepada projek jangka pendek seperti pembekalan, perkhidmatan dan pembinaan jangka pendek yang projeknya kurang dari 6 bulan. Pre-factoring bermakna syarikat factoring memberi pembiayaan modal awal kepada pelanggan.
Difinasi Pemfaktoran/Factoring
============================
Pemfaktoran merupakan pembiayaan kewangan yang sesuai digunakan oleh industri samada syarikat pembekal, pembinaan atau penyedia perkhidmatan. Secara jelasnya, ia adalah proses menjual inbois syarikat kepada syarikat factoring untuk mendapatkan pendahuluan tunai dengan kadar segera.
Syarikat factoring akan memberikan pendahuluan tunai sehingga 80% daripada jumlah inbois. Baki daripada jumlah tersebut akan digunakan sebagai simpanan kontigensi dan diberikan semula setelah bayaran diterima daripada pelanggan.
Syarikat factoring akan mengambil alih tugas untuk kutipan bayaran daripada pelanggan/paymaster dan memberikan maklumat mengenai status akaun melalui laporan aliran tunai projek penghutang dan laporan bayaran, penyata akaun dan sebagainya.
Boleh rujuk flow dibawah bagaimana pembiayaan factoring di jalankan.
- Klien membekalkan barangan/menyediakan perkhidmatan/projek pembinaan kepada pelanggan/customer.
- Klien membuat perjanjian/Deed of agreement kepada syarikat factoring.
- Klien menyerahkan salinan inbois, pesanan belian dan arahan penyerahan kepada syarikat factoring.
- Syarikat factoring membuat bayaran pendahuluan tunai kepada klien sehingga 80% daripada jumlah inbois kepada klien.
- Syarikat factoring menghantar penyata akaun bulanan, peringatan dan resit kepada pelanggan/customer.
- Pelanggan/Customer. membuat pembayaran kepada syarikat factoring pada tarikh yang ditetapkan.
- Pelanggan/Customer akan membuat lebihan bayaran setelah ditolak kos syarikat factoring kepada klien.
KOS PEMFAKTORAN
=================
Ada caj yang minima dikenakan kepada syarikat jika menggunakan pembiayaan pemfaktoran ini. Kos pemfaktoran anda adalah seperti berikut :-
- Caj Pemfaktoran ialah bayaran servis yang dihitung daripada jumlah inbois yang difaktorkan oleh syarikat yang menggunakan pembiayaan pemfaktoran.
- Caj Pembayaran Pendahuluan atau faedah harian di kira daripada pembiayaan kewangan yang digunakan. Caj akan dikira dari hari pembiayaan dikeluarkan sehingga pembayaran diterima daripada pelanggan.
- Caj lewat akan dikenakan jika pelanggan/paymaster lewat membuat bayaran.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemfaktoran ini, sila hubungi kami. Klik sini!